Melur itu,
Putih bersih dan harum mewangi,
Namun masih dipandang sepi,
Kerana Melur tidak mampu menyaingi,
Kehebatan si Mawar pujaan hati...
Melur itu,
Sucimu dan harummu,
Selalu dibandingkan dengan si Mawar,
Si cantik merah sumber inspirasi,
Bagi mereka yang nafsu beraja di hati.....
Melur itu,
Bukannya lambang cinta seperti mawar,
Yang sentiasa disebut-sebut,
Sebagai alat memikat teruna buat si dara,
Konon sebagai tanda cinta kasih tak berbelah bahagi...
Biarpun Melur tidak menjadi sebutan,
Biarpun Mleur bukannya pujaan,
Dan biarpun Mleur bukannya lambang sebuah percintaan,
Namun ..Melur itu punya kehormatan diri,
Ada kecantikan tersendiri,
Sentiasa bersih dan suci,
Melur juga tidak mahu dirinya dijadikan lambang cinta,
Kerana bagi Melur,
Cinta itu bukan ungkapan,bukan lambang,
Cinta itu anugerah ILAHI....
HAnya DIA YAng Mengetahui...
Biarlah Melur di situ...
Menghabiskan sisa hidup...
Sebelum dijemput pergi....
No comments:
Post a Comment